you come to me

Wednesday, 18 December 2013

Me and My BFF

Hello Disember!!!

lagi tinggal beberapa hari kita nak melangkah ke tahun baru. bakal meninggalkan tahun 2013.mungkin tersimpan kisah suka dan duka dalam tahun ni kan??? tapi yang pasti masa tak boleh diundur lagi. let bygones be bygones and make sure tahun 2014 ini berlalu dengan happy ending! hihi :)

dah lama aku tak hupdate aku punyer story. rasa rugi pulak kalau tak take note dalam ni. atleast bila dah tua boleh scroll balik ape benda yang aku buat zaman muda mudi dulu. hihi..kalau nak set dalam mind je memang taklah kan???

okay, ni kisah 2 hari lepas...

kawan baik aku datang umah lawat ummi. sembang, gelak sampai terkeluar anak tekak.pastu kiteorang main masak-masak.berjaya jugak aku ayat die suruh lunch kat umh aku. hihi :) thanks uya!

tetiba je lepas makan tu kiteorang planning nak g umah sewa zaman sekolah dulu. zaman yang mana kiteorang belajar erti sebuah PERSAHABATAN. sakit aku sakit kau. senang aku senang kau. happy kau happy aku. sedih kau aku pun sedih. itulah yang dikatakan erti persahabatan... 



 

 

 

Sunday, 7 April 2013

suka dan duka



alhamdulillah... terasa pantas masa berlalu. buka mata, buka pintu, buka tingkap, sudah genap setahun ummi sakit.sakit-sakit ummi pun, ummi masih boleh berfikir mana yang baik, mana yang tidak. malah, nasihat ummi untuk anak-anak tidak pernah putus

tarikh yang sama tapi berbeza tahun dan peristiwa.



6.4.2012 : Allah tarik nikmat sihat ummi. Allah sayang kita semua, sebab tu Allah uji begini. Allah nak tengok sejauh mana kesabaran anak-anak melayan karenah ummi. kita sayang ummi, tp Allah lagi sayang kita. Allah nak topupkan pahala-pahala kita. mohon adik2 dan abang2 take note yang ni!


syafakillah ummi :-)



kami semua rindukan ummi yg sihat, ummi yang kuat ummi yang rajin dan ummi yg ceria :-)

6.4.2013 : kedukaan berganti kegembiraan. saat di mana cinta si teruna dan si dara diikat dengan sebuah ikatan yang suci. tahniah untuk abang kesayangan, Wan Rafidi dan Nurul Fatihah, bakal permaisuri si abang.

kalut! kalut! kalut!

itulah yang terjadi sepanjang the making of pertunangan si abang. perancangan awal hanya si ayah dan konco2nye sahaja yang  akan pergi menyunting bunga di taman. sekali hambik kau, rancang punye rancang satu keluarga boleh pergi. hayya!!!

tulang ikan kepada majlis ni tak lain tak bukan "the queen of the house", ustazah coklat! hehe... aku la tu! excuse me, bagi laluan ! bagi laluan ! hehe...


look! inilah hasilnya... 

dari cari cincin sampailah ke barang-barang hantaran. konon la macam terre sangat. memang tak pun! aku semangat nak jalan je lebih! so, peluang yang ade jangan dilepaksan. memang seronok gila bila kami sama2 touch up barang2 hantaran. idea yang tak bernas pun boleh jadi bernas! hebatkan kiteorang? without mom, kiteorang still dpt lakukan yang terbaik! ummi hanya mampu tersenyum dalam kesedihan :-(mungkin berpuas hati dengan preparation kiteorang. aku tahu perasaan ummi, sepatutnya ni semua tugas ummi. ibu mana yang tak bahagia bila melihat anak terunanya ingin mendirikan masjid dan ibu mana yang tak ingin melakukan sendiri persiapan untuk anaknya kan?











dan sebab itulah aku terpaksa korbankan lemak-lemak tepu aku membanting tulang untuk majlis ni. hehe... aku cuba lakukan apa yang boleh biar sempurna di mata ummi. bukan setakat di mata ummi je, mata abuya pun biar sempurna. almaklumlah, nak jadi anak yg soleha! hehe...


layan je gambar yg tak bersuara :




bakal bapa mertua abang!





part yg paling aku sedih! sepatutnya ummi yg sarung cincin utk bakal menantu.



sekian 



makin bertambah ahli keluarga, thanks allah!






mohon jodoh kalian berpanjangan




dulang-dulang




dah nak balik dah! hehe


alhamdulillah... selesai utk 1 langkah!


Saturday, 30 March 2013

hari berlalu

salam penghujung bulan Mac!

alhamdulillah, berakhir sudah cuti sekolah selama seminggu. today i'll back to school! oh, yeah!!!
fuhhh!!! melalui hari-hari cuti dengan pelbagai pengisian. yang paling best dapat menjejakkan tayar kereta di 'pasar sena', Machang! OMG! terasa macam berada di MASJID INDIA. hilang segala rasa rindu yang bertamu. wink2! hehe...

1st time aku join 'Bengkel Keusahawanan Wanita Desa Gual Ipoh'... banyak input yang dapat aku sedut dari bengkel ni. tentang cara nak jadi usahawan? tentang pinjaman mara! tentang perniangaan! terus semangat nak jadi usahawan tu berkobar-kobar dalam diri. #semangat je yang lebih, usaha tak pun# hehe... niat nak jadi usahawan tu ada. tapi tak tahu nak usahakan apa. kalau boleh nak usahakan something yang orang lain tak pernah buat sebab nak jadi usahawan ni kena kreatif dan boleh menjadi bahan penyelesaian masalah  kpd org lain. susahkan??? ok, done!  lupakan dulu niat tu. yang penting sekarang ni kena menabung dulu. kumpulkan modal banyak2. mana tau lepas ni boleh buka kilang ke. hehe... angan2 yang melampaui batas!

demam PRU 13 sedang melanda rakyat Malaysia! tahun ni tahun pertama aku tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. wah, tak sabarnya!  kau undi hijau ke biru? maaf ye adik kakok! undi adalah rahsia. hehe :)  pengalaman dan pendedahan isu-isu semasa yang positif demi kemajuan dan keamanan sesebuah negara akan menetukan siapa pilihan hati ku!

masa itu emas, emas itu mahal! bye2!




Saturday, 23 March 2013

throw back : hari biru seKUIS

testing-testing! angin sepoi-sepoi bahasa sepanyol dah menyeru sang jejari kontot untuk menghupdate apa sahaja yang terlintas di mata, di hati dan di telinga bagai :) hehe

al-Fatihah dan Salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga sahabatku, Nurfasihah bt Ismail ats kehilangan arwah ayahnya pada beberapa hari lepas. moga arwah ayah diletakkan di kalangan orang2 yang beriman :)



al-kisahnya,


congratulation to me :-)


7/7/12, my convocation day... suka :-) dan duka :-( silih berganti. hari yang paling bermakna dan bersejarah dalam kamus hidup seorang mahasiswa. saat nama ku bergema di dalam PKK a.k.a Pusat Konvensyen KUIS, saat kaki melangkah penuh sopan menuju ke arah naib canselor, saat hati gundah gulana,dan saat senyuman terukir indah di wajah sepatutnya disaksikan oleh dua insan yang amat aku sayangi, ummi dan abuya.

namun, takdir Allah telah tercatat bahawa bukan rezeki kedua ibubapa ku untuk menyaksikan sendiri  kejayaan anaknya meraih segulung kertas bukti sebuah kejayaan. hanya potret-potret yang tergantung indah di dinding rumah sebagai santapan utk bonda dan ayahanda.

hari biru SeKUIS adalah moment yang paling indah dalam sejarah hidup aku. meskipun tanpa kedua ibubapa disisi, kehadiran keluarga bapa saudara dan sahabat melengkapkan sebuah episod cerita di hari biru :) sekalung tahniah buat buat sahabat2ku semua :-))

biarkan gambar berbicara buat seketika, layan...



trm ksh utk abh and family krn menyempurnakan hari ku...


the best of cazen... beyie & k.long!

part of my  family

hari jubah


reunion di hari raptai


family k.ilah... thanks sbb dh korbankan msa for my day



bff sy, maryam jamilah :-)



kawan2


siblings




santai


catwalk


lenggang sawi

me and flower

last lunc with kesayangan pi6


rindu kamu


presents :) 









Thursday, 28 February 2013

mana hilangnya bayi itu?

assalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari :))

alhamdulillah, baru selesai brunch... nasi kerabu + milo kosong!

"bayi yang dikandung sembilan bulan hilang dalam kandungan"

tajuk cerita yang paling hot kat paper METRO ataupun majalah MASTIKA. korang2 mesti pernah baca kan? apa yang terlintas kat fikiran korang? percaya @ x? aku??? 50/50 samada percaya atau tak. kadang2 aku terfikir yang cerita tu sengaja direka utk mengHOTkan lagi majalah2 dorang je. kan3??? hehe...

sekarang ni minda aku dah reset balik pasal percaya atau tidak. sebabnya, itu semua kuasa Allah! tambah2 bila perkara ni terjadi sendiri kat kampung aku yang tak berapa nak indah dan permai tu. he3... memang betul, kandungannya hilang. sepatutnya, kelmarin makcik tu dah kena masuk wad bersalin. kandungannya dah terlebih due. tapi apa yang peliknya, bayi yang dikandungnya hilang. menurut cerita makcik tu, dia bermimpi yang dia bersalin dan dibidan oleh 2 orang perempuan. seorang berada di kepala dan seorang lagi kat bawah untuk sambut baby tu. tiba2 makcik tu terjaga dari tidur and dia tanya kat suami dia samada dia dah bersalin ke belum. suami makcik tu tengok memang ada kesan darah. perut makcik tu pun dah kempis. fuhhhh!!! meremang bulu roma aku ni. huhu... dah la aku ni penakot. sabar je la.

pagi tadi pun mydad dok sambung cerita pasal ni sebab suami dia minta buat solat hajat semalam. suami makcik tu pun ade la cerita something yang pelik2 jadi kat wife dia tu. meremang jugak bulu kening aku dgr cerita dia tu. abang aku cakap, perkara macam tu memang pernah terjadi. ada ustaz abang aku bagi tau yang kadang2 ada manusia kandungkan anak jin. yang ni aku tak tahu la apa kesudahan cerita husband n wife ni.


takziah untuk mereka! harap2 ada hikmah yang terselindung disebaliknya. AMIN.

Wednesday, 13 February 2013

bFF disunting orang :)

GoNg Xi Fa Cai!!!

alkisahnya,
kaum cina dok cibuk dengan makan besar, angpau, kuih bulan, limau mandarin and so all. kaum melayu pulak cibuk dengan 'bekwoh', nikoh la, tunang la, merisik la and ada jugak yang bekwoh tanpa sebab. hehe... i'm proud to be Malaysian! sebab cuti sokmo. hehe...

sindrom ni dah terkena kat bff aku, nurul! org nak raya, die nak tunang pulak. hehe.. ape pun! tahniah la weh. jodoh mu dah sampai. aku doakan yang terbaik for your future. lepas ni mu ade limit doh nok tubik. kena dahulukan bakal suami dlu. hehe...

biar gambar berbicara,


hello, abang kat ne? ceq dah lama dok tunggu ni.  ngeh3


mizz uya with mizz cieytiey















debaran bakal pengantin  : )









berjinak2 dgn herbalife :-p












































oppa ganyang kauu !!!


melawat rmh lama., terselit 1001 kenangan .


anak mamak vs anok kelate. hehe

alhamdulillah, tanggal 11.2.2013. kau selamat ditunangkan. lagi satu langkah kau akan bergelar isteri. persiapkan diri mu untuk melayari bahtera perkahwinan. s.a.h.b.a.t till  jannah!