you come to me

Thursday 28 February 2013

mana hilangnya bayi itu?

assalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari :))

alhamdulillah, baru selesai brunch... nasi kerabu + milo kosong!

"bayi yang dikandung sembilan bulan hilang dalam kandungan"

tajuk cerita yang paling hot kat paper METRO ataupun majalah MASTIKA. korang2 mesti pernah baca kan? apa yang terlintas kat fikiran korang? percaya @ x? aku??? 50/50 samada percaya atau tak. kadang2 aku terfikir yang cerita tu sengaja direka utk mengHOTkan lagi majalah2 dorang je. kan3??? hehe...

sekarang ni minda aku dah reset balik pasal percaya atau tidak. sebabnya, itu semua kuasa Allah! tambah2 bila perkara ni terjadi sendiri kat kampung aku yang tak berapa nak indah dan permai tu. he3... memang betul, kandungannya hilang. sepatutnya, kelmarin makcik tu dah kena masuk wad bersalin. kandungannya dah terlebih due. tapi apa yang peliknya, bayi yang dikandungnya hilang. menurut cerita makcik tu, dia bermimpi yang dia bersalin dan dibidan oleh 2 orang perempuan. seorang berada di kepala dan seorang lagi kat bawah untuk sambut baby tu. tiba2 makcik tu terjaga dari tidur and dia tanya kat suami dia samada dia dah bersalin ke belum. suami makcik tu tengok memang ada kesan darah. perut makcik tu pun dah kempis. fuhhhh!!! meremang bulu roma aku ni. huhu... dah la aku ni penakot. sabar je la.

pagi tadi pun mydad dok sambung cerita pasal ni sebab suami dia minta buat solat hajat semalam. suami makcik tu pun ade la cerita something yang pelik2 jadi kat wife dia tu. meremang jugak bulu kening aku dgr cerita dia tu. abang aku cakap, perkara macam tu memang pernah terjadi. ada ustaz abang aku bagi tau yang kadang2 ada manusia kandungkan anak jin. yang ni aku tak tahu la apa kesudahan cerita husband n wife ni.


takziah untuk mereka! harap2 ada hikmah yang terselindung disebaliknya. AMIN.

Wednesday 13 February 2013

bFF disunting orang :)

GoNg Xi Fa Cai!!!

alkisahnya,
kaum cina dok cibuk dengan makan besar, angpau, kuih bulan, limau mandarin and so all. kaum melayu pulak cibuk dengan 'bekwoh', nikoh la, tunang la, merisik la and ada jugak yang bekwoh tanpa sebab. hehe... i'm proud to be Malaysian! sebab cuti sokmo. hehe...

sindrom ni dah terkena kat bff aku, nurul! org nak raya, die nak tunang pulak. hehe.. ape pun! tahniah la weh. jodoh mu dah sampai. aku doakan yang terbaik for your future. lepas ni mu ade limit doh nok tubik. kena dahulukan bakal suami dlu. hehe...

biar gambar berbicara,


hello, abang kat ne? ceq dah lama dok tunggu ni.  ngeh3


mizz uya with mizz cieytiey















debaran bakal pengantin  : )









berjinak2 dgn herbalife :-p












































oppa ganyang kauu !!!


melawat rmh lama., terselit 1001 kenangan .


anak mamak vs anok kelate. hehe

alhamdulillah, tanggal 11.2.2013. kau selamat ditunangkan. lagi satu langkah kau akan bergelar isteri. persiapkan diri mu untuk melayari bahtera perkahwinan. s.a.h.b.a.t till  jannah!



Wednesday 6 February 2013

alahai budak sekolah :-)

assalamualaikum & salam 1 Malaysia :))

disebabkan aku kerja dengan kerajaan, haruslah aku menyokong sepenuhnya seruan 1Malaysia. ngeh3

serasa macam dah lama aku tak pantau anak-anak murid solat jemaah. mana tak nya, last week kat sekolah ada program. hari seterusnya, aku terpaksa tinggal kelas. macam orang penting je bunyi. hohoi!!! minggu ni pulak buat julung-julung kalinya aku extend tanpa sebab. hehe...

dalam melayan kerenah budak-budak ni ada masa nak marah and ada masa nak suka. sometimes, marah dan suka bergabung. achaner tu der??? in my eyes, budak-budak ni dah hilang fokus bila masuk waktu petang. maybe diorang dah penat  or maybe aku sendiri yang tak boleh handle diorang.

masa tengah solat, kadang-kadang suara makmum lebih kuat dari imam. bila seorang batuk, hampir semua lah buat-buat batuk. dan ada pulak yang bertanya "dah bagi salam ke ustaz?" adoiyaiiiii!!!!



gambar sekadar hiasan :-)



itu kisah masa solat. sekarang ni semua tengah mabuk kepayan dengan cerita  #setia hujung nyawa#. bila aku syok menulis kat depan diorang pun mula la buka kedai kopi. bising kemain! bila aku pusing belakang mula la buat-buat tulis. ada tu siap bertampal kertas warna kat dahi macam yang watak ikram tu. dalam nak marah, aku tergelak sendiri. alahai budak, so cute :-p 



sebijik macam ikram student aku buat. kuat betul pengaruh drama.




agak-agaknya masa aku sekolah rendah dulu macam budak-budak ni la kot. huhu...