you come to me

Sunday 27 January 2013

Di Sini Mulanya...

wahai insan yang bergelar anak, hayatilah kisah ini...




Malam itu, bulan milik Allah menyembah sinarnya ke bumi. bintang-bintang yang menghiasi langit Tuhan, tiada henti bertasbih dan memuji Allah Azzawajalla. udara dingin memenuhi ruang diselangi hembusan angin malam yang nyaman sekali.

begitu sekali kedamaian malam yang diciptakan oleh Allah, namun masih ada cucu-cicit Adam yang hidup ibarat kunang malam, bersengkang mata mengejar keseronokan duniawi. berkaroeke hingga awal pagi, mengasah bakat menyanyi untuk menyaingi artis tersohor.

dihujung taman bunga, muda-mudi memadu asmara dalam samar-samar cahaya. hanyut dibuai nafsu, ghairah dalam bisikan dan pujuk rayu syaitan. ada juga yang bersedia untuk syahid tanpa rela. jalan raya dijadikan medan pertempuran tanpa mengira bahaya yang bakal dihadapi. bagi yang merasai nikmat-nikmat tidur, akan  lena diulit mimpi indah di atas tilam yang gebu lagi empuk dan diselimuti selimut tebal.

tetapi, bagi insan yang benar-benar bertaqwa, malam yang panjang dirasakan pendek kerana keseronokan bermunajat kepada-Nya. tiada yang lebih nikmat melainkan bersunyi-sunyian, bertafakur, berdoa dan memohon maghfirat-Nya.

kepekatan malam menyaksikan air mata keikhlasan hamba-Nya yang benar-benar tulus dalam meraih redha daripada-Nya.

namun anakku... malam yang ibu maksudkan itu sungguh luar biasa bagi ibu, malam yang tidak mungkin ibu lupakan selagi nyawa dikandung badan.

malam itu ibu berada dalam situasi yang sangat berbeza, di tempat yang asing bagi ibu... ibu terbaring di atas katil besi empat segi panjang di dalam bilik kecil empat segi sama, di kiri kanan ibu ada jarum yang menusuk ke urat, ada ubat yang mengalir, ada besi, ada gunting, ada pisau, ada mesin yang merakam nyawa ibu.. malam itu.. ibu sedang bertarung nyawa demi melahirkanmu!

terasa kesakitan yang menjalar ke seluruh tubuh, ke segenap urat dan sendi. peritnya tidak dapat diucapkan dengan kata-kata. seluruh anggota terasa tidak berdaya. tiada rehatnya ibu daripada kesakitan... nafas terasa pendek. tercungap-cungap mencari peluang untuk bernafas. jika tiada iman di dada, barangkali ibu turut meraung-raung seperti Lethcumi dan Swee Lin di kamar sebelah.

namun, ibu tetap menguatkan semangat supaya selamat melahirkanmu. kehadiran ayahmu di sisi, merenung ibu dengan sepasang mata yang redup, penuh pengertian dan menyuntik semangat ibu untuk terus bertahan.

syukur, Allah masih lagi sudi memberi hidayah-Nya. lalu dalam setiap renjatan kesakitan itu terasa mengalir kasih Allah ke dalam tubuh ibu yang merupakan satu nikmat yang tidak dapat diungkap dengan kata-kata. terasa diri ibu hina kerana menerima kemuliaan daripada-Nya. Ibu basahkan bibir dengan butiran kalimah-Nya agar menjadi penawar keperitan. hati pula tiada henti bermunajat agar ibu dan kesayangan ibu selamat bersama.

"ya Allah ya Ghafur (maha pengampun)... ampunilah dosaku. Allah ya Quddus (maha suci)... bersihkanlah aku umpama sucinya bayi yang akan ku lahirkan ini. permudahkanlah urusan ku ini, hanya engkau yang berkuasa atas apa-apa yang ku lalui sekarang ni. aku berserah sepenu-Nya kepada-Mu".

ibu benar-benar tidak berdaya. hanya hati terus membisikkan kalimah Allah dan kalam suci-Nya mengetuk-ngetuk sanubari ibu.

Dari Lubuk Hai Ibu, Norhafizah Musa & Wan Nor Ainon Wan Abdullah.

MuSt ReAd!!!


Saturday 26 January 2013

Lepas Hajat


Happy Sunday u all !!!

best la kan korang cuti banyak hari. cuti maulid nabi + cuti 'yannade' lagi. kalau yang dok kat luar  tu ramai yang balik kg kan3??? untunglah ade kg. ngeh3. aku x payah sibuk2 nak balik kg sebab memang dok kg dah. hehe... 


otherwise, yang muda-mudi like me (muda lagi ke) mesti dok planing nak bersosial kat mane ek? fuh! seriously, i'm really jelous with all of u :-p

since my mom's pain, aku dah jadi fulltime housewife. Sometimes, bilo buleh tubik derak aku la paling bahagio walaupun gi pasar tani jah. hehe... terasa hilang stress bila dpt tgok manusiawi2 yang sentiasa sibuk dgn urusan, 

dan terasa lepas segala hajat bila boleh posing! i like photo :)))




# talent gemok! haha...#



# the siblings #



# talent versi muslimah vs versi rock. pilih mana suka? hehe #



# eika & fatin #












# dating with hubby, encik ViVa #
bff aku x dapat join sebab kena jga ummi. kalau die ada lg best. terpaksa la ajak geng lain. huhu :)




Allah is The Best Planer :)

Ko bila nak hijrah? Akak... Bila nak datang KL? Kak Gie, Bila nak keje kat cini? Bila nak sambung degree?
fuhhhh!!!! soalan yang sama diulang-ulang. korang tak penat ke dok rewind soalan yang sama hah???



# unta pun nak berhijrah, aku bila lagi?#


kalau ikutkan gelora remaja yang tak berapa dah nak remaja ni aku memang nak sangat ada penghijrahan dalam hidup. keinginan utk menjadi sebahagian daripada warga kota dah lama aku pendamkan. keinginan utk busy dgn assigement, presentation, tutorial, BIG, exam, and bla3... keinginan nak bersosial dengan sahabat2 every weekend! oh, wonderful life!



                                                                           
# suatu hari nanti akan ku genggam #

tapi impian tak seindah mimpi kan? kita hanya merancang, Allah yang tentukan.  aku ada tanggungjawab besar, besar, dan besar! tanggungjawab mulia bagi seorang anak untuk ibu tercinta. ibu yang telah banyak berkorban utk anaknya.


everything comes from Allah! dulu aku pernah mengeluh. tertanya2 why Allah give this ujian for us? terasa berat melalui ujian-ujianNya. but now, alah bisa tegar biasa. aku dah sebati. celik mata je dah bertimbun2 tugas yang menanti.


disebalik apa yang terjadi, janji Allah pasti menyusul. hikmahNya pasti ada. thats why ALLAH IS THE BEST PLANER! kita manusia tiada hak utk mempersoalkannya.

sabar, reda, dan ikhlas adalah kunci ketenangan :)

Wednesday 23 January 2013

SaLAm MauLiDuL RasuL :)

Alhamdulillah, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Bersempena dengan kelahiran kekasih Allah S.W.T ini, marilah kita sama-sama menghayati "wasiat" terakhir baginda Muhammad S.A.W.


 

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak diatas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah lemah dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah `ibadah Haji’ sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam takwa dan beramal solah.
Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu"

Tuesday 22 January 2013

Santai di JJD

Salam 1 Malaysia and Salam Maulidul Rasul !

berkepok-kepok habuk kat blog aku ni. hehe... ni 1st entry for this year "2013".  
alkisahnya,
guru-guru KAFA seluruh KELANTAN  "WAJIB" menjelajah ke Karnival Jelajah Janji Ditepati yg diadakan di RTC, KB. semangat memang berkobar2 nak jumpe PM, tapi bila sampai jer, tgok ade ramai retis terus  aku lupa hajat nk jumpe PM. hehe...



# baru sampai #


 #VVIP dari SEK SRI SURIA 3#



# Ikon Uztazah 1 Malaysia # hehe..


# ada Ally Iskandar lagi #

destinasi lunch kiteorg di KB MALL... 


# my peberet : sizling mee + milo dinosour = RM 8.50#


# make kenye de #

1st time lepak ngan teamwork since jd USTAZAH! hehe... :)