you come to me

Wednesday 14 November 2012

MaaL HiJraH VS BiRthDay


Assalamualaikum… 

 Syukur ke hadrat ilahi, hari ini genap usia aku yg ke 22 tahun. Masih muda remaja lagi kot! Hehe… pantas masa berlalu, pejam celik pejam celik dah besar tong drum! 

Dulu umi yang jaga semua keperluan aku. Tp skrg aku ngan  adik -beradik pulak yang jaga keperluan umi. Sungguh berat untuk kami semua hadapi ujian ini. Allahuakbar!

Dan bersempena hari  ini juga  semua umat Islam di seluruh dunia meraikan tahun baru hijrah 1434. Untuk yang pertama dan terakhir kali birthday aku serentak dengan maal hijrah. Allahurabbi!!!

Semalam, kiteorang sekeluarga sempat membaca doa akhir dan awal tahun hijrah, bacaan yaasin dan solat hajat.  Alhamdulillah… tenang tengok wajah umi boleh ikut serta  solat berjemaah.  

Satu penghijrahan yang besar perlu aku lakukan!

Aku dah set siap-siap  dalam reminder , penghijaran aku untuk tahun ni ialah…

*gemuk ke kurus*,  * malas ke rajin *, * jahat ke baik*, dan yang paling penting *miskin ke kaya*  haha..

Buat sahabat yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan aku… cikgu ayu, wani dan budak yang aku tak berapa nak suka, happy birthday! May ALLAH bless u always.

Juga buat seluruh umat ISLAM… “Salam Maal Hijarah, Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah” !!!

Saturday 10 November 2012

Aku INSAN TERPILIH, bukan INSAN TERSISIH!

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun... "Kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan"
Inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan. Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi mengamuk apabila diuji. kita hanya hamba.

sebagai hamba, ilmu kita terbatas, ilmu Allah maha luas. kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Allah yang maha pengasih dan penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamaba-Nya. Hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkannya itu adalah sesuatu yang tidak baik.

yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengentahuinya.

copied, Q&A isu 11. sejenak... Pahrol Muhamad Juoi, Penulis, Perunding Motivasi & Personaliti TV?Radio