you come to me

Thursday 28 February 2013

mana hilangnya bayi itu?

assalamualaikum dan salam jumaat penghulu segala hari :))

alhamdulillah, baru selesai brunch... nasi kerabu + milo kosong!

"bayi yang dikandung sembilan bulan hilang dalam kandungan"

tajuk cerita yang paling hot kat paper METRO ataupun majalah MASTIKA. korang2 mesti pernah baca kan? apa yang terlintas kat fikiran korang? percaya @ x? aku??? 50/50 samada percaya atau tak. kadang2 aku terfikir yang cerita tu sengaja direka utk mengHOTkan lagi majalah2 dorang je. kan3??? hehe...

sekarang ni minda aku dah reset balik pasal percaya atau tidak. sebabnya, itu semua kuasa Allah! tambah2 bila perkara ni terjadi sendiri kat kampung aku yang tak berapa nak indah dan permai tu. he3... memang betul, kandungannya hilang. sepatutnya, kelmarin makcik tu dah kena masuk wad bersalin. kandungannya dah terlebih due. tapi apa yang peliknya, bayi yang dikandungnya hilang. menurut cerita makcik tu, dia bermimpi yang dia bersalin dan dibidan oleh 2 orang perempuan. seorang berada di kepala dan seorang lagi kat bawah untuk sambut baby tu. tiba2 makcik tu terjaga dari tidur and dia tanya kat suami dia samada dia dah bersalin ke belum. suami makcik tu tengok memang ada kesan darah. perut makcik tu pun dah kempis. fuhhhh!!! meremang bulu roma aku ni. huhu... dah la aku ni penakot. sabar je la.

pagi tadi pun mydad dok sambung cerita pasal ni sebab suami dia minta buat solat hajat semalam. suami makcik tu pun ade la cerita something yang pelik2 jadi kat wife dia tu. meremang jugak bulu kening aku dgr cerita dia tu. abang aku cakap, perkara macam tu memang pernah terjadi. ada ustaz abang aku bagi tau yang kadang2 ada manusia kandungkan anak jin. yang ni aku tak tahu la apa kesudahan cerita husband n wife ni.


takziah untuk mereka! harap2 ada hikmah yang terselindung disebaliknya. AMIN.

No comments: