you come to me

Wednesday, 14 November 2012

MaaL HiJraH VS BiRthDay


Assalamualaikum… 

 Syukur ke hadrat ilahi, hari ini genap usia aku yg ke 22 tahun. Masih muda remaja lagi kot! Hehe… pantas masa berlalu, pejam celik pejam celik dah besar tong drum! 

Dulu umi yang jaga semua keperluan aku. Tp skrg aku ngan  adik -beradik pulak yang jaga keperluan umi. Sungguh berat untuk kami semua hadapi ujian ini. Allahuakbar!

Dan bersempena hari  ini juga  semua umat Islam di seluruh dunia meraikan tahun baru hijrah 1434. Untuk yang pertama dan terakhir kali birthday aku serentak dengan maal hijrah. Allahurabbi!!!

Semalam, kiteorang sekeluarga sempat membaca doa akhir dan awal tahun hijrah, bacaan yaasin dan solat hajat.  Alhamdulillah… tenang tengok wajah umi boleh ikut serta  solat berjemaah.  

Satu penghijrahan yang besar perlu aku lakukan!

Aku dah set siap-siap  dalam reminder , penghijaran aku untuk tahun ni ialah…

*gemuk ke kurus*,  * malas ke rajin *, * jahat ke baik*, dan yang paling penting *miskin ke kaya*  haha..

Buat sahabat yang berkongsi tarikh lahir yang sama dengan aku… cikgu ayu, wani dan budak yang aku tak berapa nak suka, happy birthday! May ALLAH bless u always.

Juga buat seluruh umat ISLAM… “Salam Maal Hijarah, Wasatiyyah Tonggak Perpaduan Ummah” !!!

Saturday, 10 November 2012

Aku INSAN TERPILIH, bukan INSAN TERSISIH!

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun... "Kami ini milik Allah, kepadaNya kami akan dikembalikan"
Inilah kalimah yang mengingatkan bahawa kita ini milik Tuhan. Tuhan layak menguji kita dan kita layak diuji. Jangan sekali-kali menolak apalagi mengamuk apabila diuji. kita hanya hamba.

sebagai hamba, ilmu kita terbatas, ilmu Allah maha luas. kasih sayang kita cuma seraut, kasih sayang Allah selaut. Allah yang maha pengasih dan penyayang, tidak akan memberi sesuatu yang buruk untuk hamaba-Nya. Hamba yang baik tidak akan berburuk sangka terhadap Allah dengan merasakan apa yang ditakdirkannya itu adalah sesuatu yang tidak baik.

yakinlah bahawa semua ketentuan Allah itu adalah baik. ujian itu pasti ada kemuslihatan yang tersembunyi untuk setiap kita. pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik, cuma kita tidak atau belum mengentahuinya.

copied, Q&A isu 11. sejenak... Pahrol Muhamad Juoi, Penulis, Perunding Motivasi & Personaliti TV?Radio

Tuesday, 30 October 2012

Hikmah di sebalik takdir

assalamualaikum sang penghuni bumi...

alhamdulillah... aku masih lagi diberi secebis peluang untuk melontarkan suara sekeping hati.

terkadang terdetik di hati : ADILKAH ujianMu ini wahai Ya Allah??? Yang sihat, yang kaya, yang cantik, yang berjaya, yang cemerlang dan yang memiliki segala-galanya terus diberi kesenangan yang bertimpa-timpa. perkhabaran demi perkhabaran, rezeki yang melimpah ruah bagai "durian runtuh". ucapan "tahniah", "congraz" yang tidak pernah putus di setiap bibir-bibir.

Sebaliknya... yang miskin, yang sakit, yang susah, yang papa kedana, yang hodoh dan yang bodoh terus diberi malang yang bertimpa-timpa seolah-olah tiada belas kasihan dariMu. Seandainya aku tidak terdidik dengan agama suciMu sudah pasti aku akan tertewas dengan hasutan syaitan sehingga terpesong dari AkidahMu.

Jauh disudut hati... aku masih tertunggu-tunggu apakah hikmah disebalik ujian yang kau berikan? masihkan ada sinar untukku kelak?

Terima kasih Ya Allah! ats kurniaanMu menganugerahkan aku ibubapa yang mithali. aku bersyukur menjadi amanahMu kpd insan semulia ummi & abuyaku. Subhanallah!!!





Monday, 15 October 2012

Rumah Baruku (^-^)

Ting Tong! Ting Tong! Ting Tong!!!

Anybody Home???

Dengan lafaz Bismillah... jari - jemariku mula menyusun bicara. Sudah sekian lama tidak ku jenguk tanah kubur ini. rumput mula menjalar di celahan  bumi. batu nisan turut sama mewarnakan bintik-bintik polkadotnya. Andai jasad dikebumikan kian rapuh dimamah bumi.

pandai jugak aku bersastera! haha... aku punyer ladang, aku punyer suka nak cakap apa pun tak boleh!
1st of all, aku nak ucap bebanyak-banyak time ksh kat my only one sister, adik yah! Org dah aktif berblog katakan.dh pandai intai-intai deko sana sini sampai kan tanah kubur aku pun dah jadi rumah baru. he3! 

thanks again my buchuk :)


Friday, 4 May 2012

Selamat Hari Ibu... Ummi!


assalamualaikum... w.b.t


Muuaaahhhh! "Selamat Hari Ibu Ummi!", kak sayang ummi sangat-sangat. mengalir air mata sang ibu 

tatkala aku meluahkan rasa kasih padanya. tidak perlu hadiah yang mahal, 

tidak perlu masakan yang enak, 

tidak perlu kek 'secret recipe' yang sedap lagi mahal.

 itulah kehebatan sang ibu, hanya dengan satu

 ciuman dan ucapan ikhlas, hati ibu pasti akan tersentuh. betapa hebatnya dirimu wahai ibu. 


alhamdulillah... aku masih diberi kesempatan untuk meraikan hari ibu. tidak  dapat aku bayangkan 

bagaimana jika ummi  tiada disisi disaat-saat sahabatku  sedang bergembira meraikan hari 

ibu bersama ibu mereka.

astaghfirullah! 

Ya Allah, kau panjangkanlah usia ibuku.
 



kini, genap dua bulan ummi diserang penyakit angin ahmar a.k.a strok. tiada lagi masakan air tangan
 
ummi, tiada lagi teman untuk bershopping, semuanya terkubur bersama kenangan-kenangan terindah 

bersamamu. 
  
sebuah puisi aku persembahkan untukmu wahai ibu sebagai hadiah di hari istimewa mu.

terima kasih atas jasa dan pengorbananmu, hanya Allah sahaja yang mampu membalas.


" UmMiku...NaDiku"


masih terngiang-ngiang di benakku

dikala penghujung subuh pagi jumaat

sayup-sayup suaramu memanggil anak-anakmu

terhenti seketika nafasku

tatkala melihat sekujur tubuhmu rebah

hanya deraian air mata yang mampu ku persembahkan


tanpa memberi sebarang petanda

kau diberi ujian yang tidak pernah ku bayangkan

betapa sengsara ku melihat keadaan mu

kau sudah tidak mampu untuk membelai

kau sudah tidak berdaya untuk menyuap

kau sudah tiada kudrat untuk mencari rezeki


betapa gelap dunia ku rasakan tika itu

hanya tangisan yang menemani hari-hari ku

bila ku terbayangkan dirimu di segenap ruang hatiku

betapa lemahnya diriku untuk menghadapi hari tanpamu


berbekalkan sedikit keimanan

ku gagahkan diri untuk menerima ujian ini dengan redha

akan ku jaga mu

akan ku berikan perhatian dan kasih sayang pada mu

akan ku korbankan segalanya untuk mu

seperti mana yang telah kau lakukan padaku


jangan lagi kau bersedih

jangan lagi kau berduka

teruskan dengan senyuman mu wahai ibuku

kerana kekuatanku ada bersama mu

selamat hari ibu... Ummi.

Syukran Ya Allah!


                                                                            
ummi... u are part of my life. luv u much3!
 
take note gie!
dikarang 4/5/12
diedit 15/5/12


 











Wednesday, 2 May 2012

A BiG CoNgRatZ to FeDtRi & Anati

AsSaLaMuaLaiKuM w.b.k...

Alhamdulillah,  setelah hampir 2 bln tdk b'kesempatan menyibukkan diri dgn blog akhirnya diberi juga sedikit kerajinan  utk menyemakkan lagi post blog ni. hehe :-$

1st of all, masih tdk t'lalu lewat  utk mengucapkan 'Selamat Hari Pekerja' utk pekerja2 seluruh dunia. Jadilah pekerja yg ikhlas dan berdedikasi
p/s : bila nak diwujudkan Hari Penganggur? ngeh3!

 juga berjuta2 tahniah utk my peberet aktivis, En. Fedtri Yahya & Pn. Anati ats kelahiran puteri sulungnya pd 30/4/12. even mereka tak kenal sekali pun, aku amat meminati bakat dan keperibadian mereka. Subhanallah!





Monday, 27 February 2012

untukmu umi & abuya


AsSaLaMuaLaiKuM  w.b.k...

kekecewaan masih lagi membelenggu diri ku kerana sampai hari ini masih tiada lagi panggilan kerja. hanya mesej2 dari celcom offer je yg sentiasa menghiburkan hati ku. hehe...

tapi tidak pada hari ini... apa yg menggembirakan aku ialah info di muka buku. sekali lagi aku tersenarai dlm 

 PENERIMA ANUGERAH DEKAN
SESI I TAHUN AKADEMIK 2010/2011
S7 - FACULTY OF EDUCATION
  
alhamdulillah... syukur ke hadrat Allah s.w.t. jutaan terima kasih yg tidak terhingga kpd kedua ibubapaku yg tdk pernah jemu memberi nasihat dan dorongan. masih terngiang2 lg dibenakku setiap kali umi & abuya menghantar aku di perhentian bas, pesanan ini lah yg sentiasa mengiringi perjalananku
 " belajar molek kak, biar boleh dekan".





kali pertama




wakil pi6... congratz to seha, mira, dba, ckin & me :))




kenangan bersama kalian :)


p/s : even dah 2 kali dpt anugerah ni tp still x puas ht sbb x dpt anugerah dekan utk keseluruhan CGPA