Kuntum 1 :
Ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada orang yang meminta, dan menerima yang bertaubat.
Kuntum 2 :
Prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. Penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan. Jangan bawa kebencian, anda akan dihargai.
Kuntum 3 :
Bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohon ampunan untukmu, dan syurga telah menantimu.
Kuntum 4 :
Bersikap optimislah dalam hidup dengan bersangka baik kepada Allah. Nyahkanlah segala duka dengan mengingat semua nikmat yang telah dikuriniakan kepada mu.
Kuntum 5 :
Ingatlah di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginannya.
Kuntum 6 :
Contohilah pohon kurma: tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit, dan jika dibaling dengan batu, ia membalas dengan menggunakan buahnya.
Kuntum 7 :
Adakah kesedihan dapat mengembalikan apa yang telah luput, kecemasan dapat memperbaiki kesalahan? Lantas apa gunanya kita bersedih?
Kuntum 8
Jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan.
p/s : diciplak dr buku 'Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia'
p/s : diciplak dr buku 'Motivasi Menjadi Wanita Paling Bahagia'
No comments:
Post a Comment