assalamualaikum... w.b.t
Muuaaahhhh! "Selamat Hari Ibu Ummi!", kak sayang ummi sangat-sangat. mengalir air mata sang ibu
tatkala aku meluahkan rasa kasih padanya. tidak perlu hadiah yang mahal,
tidak perlu masakan yang enak,
tidak perlu kek 'secret recipe' yang sedap lagi mahal.
itulah kehebatan sang ibu, hanya dengan satu
ciuman dan ucapan ikhlas, hati ibu pasti akan tersentuh. betapa hebatnya dirimu wahai ibu.
alhamdulillah... aku masih diberi kesempatan untuk meraikan hari ibu. tidak dapat aku bayangkan
bagaimana jika ummi tiada disisi disaat-saat sahabatku sedang bergembira meraikan hari
ibu bersama ibu mereka.
astaghfirullah!
Ya Allah, kau panjangkanlah usia ibuku.
kini, genap dua bulan ummi diserang penyakit angin ahmar a.k.a strok. tiada lagi masakan air tangan
ummi, tiada lagi teman untuk bershopping, semuanya terkubur bersama kenangan-kenangan terindah
bersamamu.
sebuah puisi aku persembahkan untukmu wahai ibu sebagai hadiah di hari istimewa mu.
terima kasih atas jasa dan pengorbananmu, hanya Allah sahaja yang mampu membalas.
" UmMiku...NaDiku"
masih terngiang-ngiang di benakku
dikala penghujung subuh pagi jumaat
sayup-sayup suaramu memanggil anak-anakmu
terhenti seketika nafasku
tatkala melihat sekujur tubuhmu rebah
hanya deraian air mata yang mampu ku persembahkan
tanpa memberi sebarang petanda
kau diberi ujian yang tidak pernah ku bayangkan
betapa sengsara ku melihat keadaan mu
kau sudah tidak mampu untuk membelai
kau sudah tidak berdaya untuk menyuap
kau sudah tiada kudrat untuk mencari rezeki
betapa gelap dunia ku rasakan tika itu
hanya tangisan yang menemani hari-hari ku
bila ku terbayangkan dirimu di segenap ruang hatiku
betapa lemahnya diriku untuk menghadapi hari tanpamu
berbekalkan sedikit keimanan
ku gagahkan diri untuk menerima ujian ini dengan redha
akan ku jaga mu
akan ku berikan perhatian dan kasih sayang pada mu
akan ku korbankan segalanya untuk mu
seperti mana yang telah kau lakukan padaku
jangan lagi kau bersedih
jangan lagi kau berduka
teruskan dengan senyuman mu wahai ibuku
kerana kekuatanku ada bersama mu
selamat hari ibu... Ummi.
Syukran Ya Allah!
ummi... u are part of my life. luv u much3!
take note gie!
dikarang 4/5/12
diedit 15/5/12